Indeks Bursa Saham Malaysia Jatuh Bawah 1,700 Mata

KUALA LUMPUR – Indeks pasaran saham tempatan, FBM KLCI merekodkan kejatuhan di bawah paras sokongan 1,700 mata pada dagangan lewat hari ini, susulan penjualan dana oleh pelabur asing yang kurang yakin dengan polisi ekonomi negara sejak perubahan kerajaan pada Mei lalu.

Sehingga jam 4.13 petang ini, FBM KLCI susut kepada 1,687.39 mata merupakan rekod terendah sejak Januari 2017.

Bagaimanapun berbeza dengan penurunan di Bursa Malaysia, pasaran saham di kebanyakan negara Asia yang lain merekodkan kenaikan selepas reda kebimbangan pelabur dengan perang perdagangan China-Amerika Syarikat (AS). – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.