Wanita Maut, Anak Lelaki Cedera Parah Rempuh Penghadang Jalan

SEORANG wanita maut, manakala anak lelakinya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok penghadang jalan berhampiran landasan kereta api di Sengkang, Kulai, Johor, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Vickram Nawar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.45 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Rapiah Mohammad, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan.

“Pemandu kereta terbabit, Mohd Khairul Anuar Mohd Ramli, 18, cedera parah.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai, untuk rawatan selanjutnya dan mayat mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.