Video: YSBN Tampil Kelainan Beri Sumbangan Pada Pekerja Hospital

KLANG – Yayasan Sahabat Bina Negara tampil membuat kelainan dalam menyampaikan bantuan bersempena bulan Ramadan ini apabila memberi bantuan kepada pekerja-pekerja di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Menurut Penaung Sahabat Yayasan Bina Negara, Datuk Akmar Hisham Mokhles, bantuan makanan yang diberikan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pekerja hospital ini kerana berdedikasi dalam melaksanakan tugas mereka dalam membantu rakyat.

“Pada malam ini kita menghantar sedikit makanan sebagai tanda penghargaan kita kepada pekerja di hospital ini kerana seperti yang kita tahu, hospital Tengku Ampuan Rahimah ini merupakan antara hospital yang teramai sama ada pesakit atau pelawat.

“Kita percaya bahawa mereka ini golongan yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan kita menghargai segala usaha mereka dalam melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan malam tadi.

Tambah beliau lagi, pendekatan baru dalam penyampaian bantuan ini digunakan kerana majoriti adalam golongan berpendapatan rendah dan disebabkan itu, bantuan turut diberikan kepada keluarga pesakit.

“Kita ubah sedikit pendekatan kita kerana kita tahu hospital ini ramai rakyat yang hadir untuk mendapatkan rawatan dan sebahagiannya adalah golongan yang berpendapatan rendah.

“Kita juga pada masa yang sama berikan juga makanan kepada keluarga pesakit.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Yayasan Sahabat Bina Negara, Azman Mat Isa, aktiviti seperti ini akan dilakukan setiap tahun serta akan dikembangkan.

“Kita raikan mereka yang sanggup membantu mangsa-mangsa kecemasan dan kita menghargai mereka di bulan ramadhan ini.

“Apa yang kita buat hari ini dapat membantu mereka sedikit walaupun dalam keadaan kesibukan melayan kerenah-kerenah pesakit ini dan tidak putus-putus setiap waktu.

“Ini adalah usaha Yayasan Sahabat Bina Negara yang akan kita kekalkan setiap tahun dan Insyaallah kita akan kembangkan,” ujarnya.

Semalam, sebanyak 150 sumbangan berbentuk makanan diedarkan kepada staff dan keluarga pesakit yang berada di unit kecemasan HTAR itu.

Sebelum itu, YSBN turut mengadakan Majlis Iftar Ramadan bersama anak-anak yatim dan wanita Umno Bahagian Shah alam.

Dalam Majlis tersebut, YSBN memberi memberi bantuan kepada anak-anak yatim berupa duit raya.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.