Video: Rafizi Tutup Mulut Isu Rasuah Dan Seks Pejabat MB – CheguBard

KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli perlu menjelaskan apa sudah jadi dengan laporan yang dibuatnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah seks dan wang membabitkan pegawai Pejabat menteri Besar Selangor yang dilapornya sebelum ini.

Menurut Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai CheguBard, tindakan Rafizi Ramli yang dilihat mendiamkan diri sehingga kini seakan-akan ingin menutup kes tersebut.

“Saya cuba meyakinkan diri saya bahawa laporan yang Rafizi lakukan punya asas dan bukti seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini. Namun kenapa beliau sendiri senyap dan tidak melakukan pendedahan?

“Apa pula tindakan parti mengenai kewujudan korupsi termasuk rasuah seks dalam Pejabat MB yang dikuasai PKR itu sendiri? Ramai yang sangat kecewa dengan Rafizi kerana tidak mendedahkan korupsi ini habis habisan seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya dalam sidang media tengahari tadi. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.