Video : Anak Autisme Risau Zarina Tak Ambil Ubat

KUALA LUMPUR — Rakaman anak Zarina Zainuddin berkelakuan agresif yang risau ubatnya tertinggal mengundang simpati ramai.

Anak zarina, Muhammad Raizal Azrai, 21, yang mempunyai masalah autisme, bertanya pelakon itu yang tertinggal ubat dan mendesak “melakukan sesuatu” agar “tidak hilang suara”.

Menerusi rakaman itu, anaknya memarahi Zarina dan berkelakuan agresif manakala Zarina yang bengkak tonsil sukar mengawal kelakuan anaknya.

Azal stress ubat ibu hilang.. ? #part1 #autism Saya sedih pagi ni.. ?

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Menyaksikan rakaman itu yang dimuatkan di Instagram, ramai peminat bersimpati namun ada juga melahirkan kebimbangan dengan perlakuan agresif anaknya.

Bagaimanapun, ramai yang memberi kata-kata semangat dan pelakon turut tidak ketjnggalan melahirkan rasa simpati mereka terhadap pelakon senior itu.

Antaranya termasuklah pelakon Ayda Jebat dan penyanyi Flynn Jamal.

“Cakap kat Azal, kak Ayda marah Azal marah-marah,” kata Ayda.

Rakaman tersebut telah ditonton antara 35,000 hingga 77,000 kali.

Azal seorang anak kembar Zarina. Seorang lagi Muhammad Razil Azrai, atau Azil dan kedua-duanya penghidap autisme.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.