Simpan Mercun Di Bengkel Kereta

SHAH ALAM – Kegiatan licik seorang ejen insu­rans menjadikan sebuah bengkel kereta sebagai tempat menyimpan mercun dan bunga api akhirnya terbongkar selepas premis yang terletak di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira pukul 2 pagi itu berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga bernilai hampir RM60,000, lapor Kosmo.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, berdasarkan siasatan pihaknya ke atas suspek berusia 25 tahun itu mendapati mercun terbabit disimpan di bengkel berkenaan sejak awal Ramadan lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.