Seluar Tertinggal Di Tingkap, Lelaki Lari Berbogel

KLANG — Pendatang tanpa izin yang lolos dari lokap kelmarin terpaksa berbogel akibat seluarnya “ditinggalkan” di tingkap tandas.

Suspek juga menanggalkan bajunya yang basah akibat meredah longkang belakang balai polis, lapor Kosmo.

Menurut Ketua polis daerah Klang Utara, ACP Mohd Yusoff Mamat berkata suspek menggunakan seluarnya untuk memanjat keluar dari tingkap tandas sekitar jam 3 petang.

Katanya, suspek kemudian mencuri pakaian, memotong gari dan meredah ladang kelapa sawit sebelum tiba di pekan Kapar jam 12 tengah malam.

Tambahnya, suspek dibantu seorang penunggang motosikal dengan upah RM60 untuk menghantarnya ke Kampung Baru Hicom, Shah Alam.

Sehubungan itu, beliau berkata lelaki Indonesia dikenali sebagai Rahim berusia 27 tahun itu bagaimanapun tidak membayar upah.

Ditahan pada 13 Jun lalu atas kesalahan samun dan rogol, suspek lolos selama 16 jam sebelum ditangkap semula jam 7 pagi semalam.

Lelaki yang menanam bebola besi pada zakarnya disiasat kerana dipercayai merogol seorang suri rumah berusia 34 tahun di Kampung Rantau Panjang, Klang seminggu sebelumnya.

Suspek bersama dua rakannya juga disiasat berikutan aduan kes samun, rogol dan cabul di satu lagi kawasan pada 27 Mei lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.