Raja Salman Umum Pelantikan Anak Sebagai Putera Mahkota

RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Salman hari ini, mengumumkan pelantikan anaknya, Mohammed bin Salman sebagai putera mahkota.

Pelantikan itu sekali gus menamatkan proses peralihan kuasa daripada bekas putera mahkota, Mohammed bin Nayef yang dipecat, baru-baru ini.

Menurut dekri diraja yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Saudi (SPA), Mohammed bin Salman, 31, turut dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, selain mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.