Rahman Dahlan Cadang Rafizi, Tony Pua Jadi PM

CYBERJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mencadangkan dua nama yang boleh menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan iaitu Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Menurutnya, calon ini bagi beliau adalah lebih baik daripada mengembalikan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

“Bukan saya hendak perkecilkan mana-mana pihak dan sesiapa sahaja boleh jadi perdana menteri.

“Tapi cukuplah 22 tahun..macamlah tiada pemimpin dalam pembangkang yang boleh menjadi perdana menteri.

“Letak calon berusia 92 tahun dan banyak kontroversi sebagai calon perdana menteri..untuk menang pilihan raya dan ia nampak terdesak sangat. Tidak semestinya.. Tony Pua dan Rafizi juga boleh jadi perdana menteri,” katanya di sini, hari ini.

Bercakap pada sidang media, Abdul Rahman mengulas mantan menteri undang-undang Zaid Ibrahim yang mengumumkan kabinet bayangannya sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Selepas menamakan Mahathir sebagai perdana menteri, Zaid kemudiannya menamakan Lim Kit Siang sebagai menteri pendidikan, timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri kewangan dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin untuk mengetuai sebuah kementerian baru untuk minyak dan tenaga, yang akan bertanggungjawab terhadap Petronas.

Zaid juga menyarankan agar Tony Pua dijadikan menteri perdagangan domestik dan antarabangsa, Rafizi sebagai menteri dalam portfolio baru untuk mengawasi Mara, Felcra, Risda, Felda dan Tabung Haji sementara Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan.

Mengulas mengenai Mat Sabu mengendalikan portfolio kementerian pertahanan, Abdul Rahman berkata, sekiranya impian menjadi kenyataan, maka “semoga tuhan membantu kita semua”.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.