Penduduk Sakit Dada, Gatal Longgokan Sekam

GUAR CHEMPEDAK — Penduduk di Kampung Nenas di sini mengalami kulit gatal dan sesak nafas akibat longgokan sekam padi seluas 1.5 hektar sejak Januari.

Menurut Mat Rodzi Senapi, 60, berkata, ahli keluarganya tidak dapat tidur lena setiap malam akibat gatal yang teruk walau sudah mandi malam.

“Malam-malam kalau hendak tidur kerja menggaru saja, kadang tidak tahan sangat kami bangun mandi, itupun tak dapat selesai masalah.”

“Apabila baring, mesti rasa sesak nafas dan susah hendak hilang. Rasa macam sakit dada yang teramat sangat,” katanya, yang menetap 300 meter dari longgokan itu, lapor Sinar.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk Sohimi Hashim, 64, berkata pembakaran sekam pada waktu malam pula mengakibatkan bau busuk dan habuknya berterbangan ke rumah penduduk.

“Kadang itu setiap masa ada habuk di lantai dan pakaian juga tidak dapat dijemur di luar rumah,” katanya kepada akhbar itu.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya Mohd Firdaus Hasan, 28, berkata apabila melalui jalan tersebut beliau menutup tingkap kereta akibat bau “sangat busuk” dan habuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.