Lelaki Mahu Bayar Zakat 30 Tahun Sekali Gus

ROMPIN — Seorang lelaki mahu membayar zakat untuk 30 tahun sekali gus.

Khalib Abdul Majid, 42, berkata lelaki berusia 50-an itu marah dan menuduhnya penipu apabila hasratnya ditolak.

“Dia kata saya penipu, saya senyap saja masa tu dan dia naik moto sambil marah-marah sebelum terus pergi,” katanya menceritakan pengalaman tahun lalu, seperti memetik Sinar.

Mengikut syariat, zakat fitrah wajib dibayar pada setiap Ramadan sebelum matahari terbenam pada satu Syawal.

Berpengalaman lapan tahun sebagai amil, beliau juga didatangi lelaki yang kelihatan kurang siuman mahu membayar zakat, baru-baru ini.

“Selepas selesai, dia pergi kemudian datang semula sambil hisap rokok,” katanya.

Dalam pada itu, Khalib juga didatangi lelaki orang Asli bukan Islam yang mahu menunaikan rukun Islam ketiga itu, beberapa hari kemudian. 

“Dalam kesibukan sebab ketika itu ramai yang nak membayar, saya terpaksa jelaskan bahawa zakat fitrah hanya untuk orang Islam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.