Lelaki Cuba Sensasi Potong Rambut Pakai Kapak

Bagi mencari kelainan, seorang tukang gunting rambut menggunakan kapak untuk memotong rambut iaitu sesuatu yang jauh berbeza dengan penggunaan gunting. Salon berkenaan terletak di Novosibirsk, Siberia.

Dengan menggunakan kapak, Daniil Istomin berkata ia jauh lebih daripada gunting.

“Saya boleh memotong 10 kali lebih efektif dalam satu hentakan,” katanya yang telah menggunakan kaedah berkenaan sejak dua tahun lalu.

Jelasnya jika hasil potongan itu buruk, sudah tentu pelanggan tidak akan datang kembali namun sebaliknya salonnya dibanjiri dengan mereka yang mahu memotong rambut dengan menggunakan kaedah berkenaan.

Menurut Men’s Health, teknik menakutkan ini digunakan pada era 1930 sampai 1940-an sebagai cara bagi jurujual kapak untuk menunjukkan kekuatan alat mereka di depan pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.