Harga Minyak Turun Lagi

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol bagi RON97 dan RON95 turun lagi mulai esok manakala harga bagi diesel kekal.

Harga runcit petrol RON95 turun tujuh sen menjadi RM1.91 seliter manakala harga RON97 juga turun pada kadar yang sama menjadi RM2.17 seliter manakala harga diesel kekal RM1.88 seliter.

Harga baharu itu berkuatkuasa 12.01 pagi esok sehingga 28 Jun ini.

Memandangkan 25 Jun ini Hari Raya Aidilfitri, penurunan harga bahan bakar itu mungkin sedikit melegakan orang ramai.

Sebelum itu, harga RON95 RM1.98 seliter manakala RON97 RM2.24 seliter manakala harga runcit diesel pula RM1.88 seliter. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.