Gas Meletup Masa Nak Panaskan Lauk

GADIS berusia 20 tahun melecur di tangan dan kaki apabila tong gas di dapur rumah kedai di Taman Seremban Jaya, Seremban, meletup, pagi ini.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, mangsa dikatakan mahu memanaskan makanan di dapur sebelum tong gas berkenaan secara tiba-tiba meletup.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Fazli Jamaludin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian letupan di kedai menjual peralatan sukan itu sebelum sebuah jentera bersama empat anggota ke lokasi.

“Sebaik tiba, bomba mendapati seorang wanita melecur kira-kira lima peratus di bahagian tangan dan kaki.

“Mangsa dihantar ke sebuah hospital swasta untuk menerima rawatan oleh ahli keluarganya,” katanya hari ini.

Katanya, siasatan awal punca kejadian kerana berlaku kebocoran pada tiub dan kepala tong gas berkenaan selain keadaan dapur yang tertutup menyebabkan berlaku letupan.

Beliau berkata, letupan itu turut merosakkan pelbagai barangan di dalam rumah kedai berkenaan termasuk rak kaca yang menyimpan peralatan sukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.