Dulu dan Sekarang, Bermacam Cara Nak Jatuhkan PM dan Kerajaan

Macam-macam cara nak jatuhkan PM dan Kerajaan.

Dulu :

1. Kes bunuh Altantuya. Sampai bawak masuk bapak Altantuya ke parlimen. Tapi sampai kesudah pembangkang gagal bawak bukti hatta 1 helai DNA PM or Datin Seri Rosmah Mansour ke mahkamah.

2. Kaitkan PM dengan isu pembelian kapal selam Scorpene. Pembangkang melalui NGO mereka, SUARAM siap hantar orang depa pi Perancis. Kononnya ada kes di Perancis. Bila SB buat siasatan dan check, rupa-rupanya pepuak ni sekadar bergambar depan pintu mahkamah di Perancis jer. Dan tidak ada sebarang kes dibicarakan disana.

3. Mahfuz Omar buat press conference kat HQ Pas di KL. Kononnya nak buat pendedahan terbuka bahawa Sirul bersedia nak bagi tau sapa yang terlibat dalam kes Altantuya. Kesudahan Sirul mengatakan bahawa PM tak terlibat dan Mahfuz Omar sekadar bleh cakap “Hello….Hello….Hello Sirul…” (Macam Saddiq Segaraga dalam filem 3 Abdul).

4. Isu Cincin Rosmah. Rafizi fitnah pagi petang siang malam pasal isu cincin ni. Kesudahannya? Bila dibawa masuk ke Mahkamah, Rafizi bercakap “Saya hanya bergurau”.

5. Tuduh PM bawak masuk Bangla sebanyak 40K menjelang PRU13. Siap buat himpunan “blackout 505” kengkonon berlakunya blackout dalam pilihanraya. Bila buat laporan Polis, isu 40K bangla haram tak disebutkan langsung.

6. Tuduh PM berbelanja besar dalam majlis perkahwinan anak perempuannya. Siap bawak “invois” kengkonon bukti bahawa PM membazir. Bila dicheck, Invois tu adalah invois cadangan dan anggaran perbelanjaan semata-mata.

Sekarang :

1. Tuduh isu 1MDB. Katanya PM songlap duit 1MDB. Tapi sampai kesudah tuduhan hanya tuduhan. 1 Bukti pun tak ada.

2. Tuduh PM balun wang 1MDB untuk digunakan sebagai dana pilihanraya. Sekali kantoi bila Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir akui wang berkenaan datang dari Raja Abdullah.

3. Beriman dengan kenyataan DOJ bahawa PM terlibat dalam siasatan DOJ. Tapi sampai sekarang DOJ tak berani nak namakan PM Najib atau Datin Seri Rosmah sebagai orang yang disiasat. DOJ sekadar berani letak code name “MO1”. Kenapa DOJ takut sangat nak letak nama PM or isterinya?

P/S : Sekali kantoi Daim bayar RM 50 Juta pada Clinton Foundation untuk jatuhkan kerajaan Malaysia. Ish3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.