Di Maria Dipenjara Setahun, Didenda RM9.59 Juta

Angel Di Maria telah dijatuhkan hukuman penjara selama setahun dan didenda sebanyak 1.76 juta pound sterling (RM9.59 juta) selepas mengakui melakukan penipuan cukai.

Menurut Mail Online, bekas pemain sayap Manchester United itu mengakui melakukan dua penipuan berasingan yang masing-masing membawa hukuman enam bulan penjara.

Kini, Di Maria didapati bersalah menipu kerajaan Sepanyol berjumlah 1.14 juta pound sterling (RM6.21 juta) ketika beliau bermain untuk Real Madrid antara tahun 2010 dan 2014.

Bagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu tidak mungkin menghabiskan masa di belakang tirai besi. Di Sepanyol, hukuman penjara bawah dua tahun sering digantung jika orang yang disabitkan kesalahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau, seperti memetik mStar.

Dalam pada itu, Argentine sebelum itu membuat perjanjian dengan pihak berkuasa untuk mengelakkan perbicaraan di Mahkamah Agung Sepanyol.

Tahun lalu, Lionel Messi didapati bersalah melakukan penipuan cukai bersama bapanya dan walaupun bintang Barcelona itu dijatuhi hukuman 21 bulan penjara, dia tidak menjalani hukuman itu kerana hukuman tersebut digantung.

Sehubungan itu, Messi juga pernah didakwa atas kesalahan melakukan penipuan cukai.

Sementara itu, Jose Mourinho telah menentang pihak berkuasa cukai Sepanyol dengan menyatakan bahawa dia telah membayar lebih daripada 26 juta euro (RM124 juta) antara tahun 2010 hingga 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.