Beruang Pecah Masuk Van

Seekor beruang dirakam ‘memecah masuk’ ke dalam sebuah van hanya dengan membuka pintu menggunakan kaki sebelum melompat masuk ke dalam.

Menurut Mirror.com, haiwan itu pada awalnya dilihat berkeliaran di kawasan pokok yang berhampiran dengan van tersebut.

Ketika kejadian, beruang itu masuk ke tempat duduk pemandu dan mencari makanan.

Pengendali perkhidmatan kereta, Matt Patterson yang menjaga kawasan Whistler di British Columbia itu betkata, ada tiga van milik mereka.

“kami di kawasan tersebut tetapi kami semua berehat di dalam van yang dipandu oleh saya,”katanya.

Tambahnya, ketika mereka sedang berborak, Matt tersedar ada seorang lelaki menunjukkan sesuatu di belakang mereka.

Dia dengan spontan merakamkan kejadian yang mencuit hati itu.

“Beruang itu macam sudah biasa buat perkara ini. Nampak macam mudah sahaja dan saya sangat terkejut.

“Beruang itu duduk di tempat duduk pemandu agak lama juga, lebih kurang 12 minit. Beruang berkenaan turut ke bahagian belakang kereta untuk mencari makanan,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.