Anwar Sudah Tidak Relevan, Sekarang Mahathir Lebih Penting, Kata Adam Adli

Aktivis belia pro pembangkang Adam Adli kini melihat Ketua De Facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak lagi relevan, tambahan pula bekas Ketua Pembangkang itu kini di sebalik tirai besi diatas kesalahan meliwat.

Ujarnya, anak muda kini lebih tertumpu kepada kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menyertai blok pembangkang sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersati Malaysia (PPBM).

“Dengan Anwar di penjara, dia memainkan peranan kurang penting sekarang dalam mempengaruhi pengundi muda.

“Dia mungkin masih sangat berpengaruh dalam kalangan parti politik, tetapi kurang dalam kalangan masyarakat sejak dia dipenjarakan,” kata Adam dipetik portal berita The Malaysia Insight.

Ujarnya, Anwar tidak boleh menjadi satu-satunya perjuangan anak muda ketika ini yang mahukan lebih daripada itu.

Kata beliau, golongan muda yang bakal menjadi pengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), perjuangan Anwar mungkin tidak begitu dekat dengan mereka.

“Untuk tahun-tahun mendatang, pemberontakan belia sudah menetapkan rentak mereka sendiri. Jadi kita boleh faham mengapa pengaruh Anwar semakin lemah dalam kalangan generasi muda,” katanya lagi.

Selari dengan pendapat Adam Adli, aktivis pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Asheeq Ali Sethi Alivi menggesa pembangkang bergerak melangkaui batasan pengaruh Anwar.

Ujarnya, golongan beliau kini tidak lagi mengharapkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Sebagai belia, saya mahukan calon perdana menteri yang tetap dan kemudian saya akan undi untuk parti itu. Tanpa menamakan calon perdana menteri, kelihatan mereka seperti tidak ada hala tuju,” katanya. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.