Aneh Nama Lim Guan Eng Tiada Dalam Barisan Kabinet Bayangan PH

Beberapa hari lepas, Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan senarai kabinet bayangan Pakatan Harapan (PH) dengan bekas perdana menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad diletakkan sebagai calon untuk menduduki jawatan Perdana menteri.

Sementara Anwar pula telah mengumumkan baru-baru ini bahawa beliau tidak akan mencalonkan diri sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan mungkin sebab itu calon untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dikosongkan.

Mungkin jawatan itu untuk Anwar yang hanya layak untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri simpanan.

Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Menteri Tenaga. Daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika bersama Barisan Nasional (BN), beliau telah `turun’ pangkat ke jawatan menteri sahaja, dalam senarai Kabinet bayangan itu.

Anehnya, dalam senarai berkenaan tidak pula kelihatan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa dengan dua tuduhan rasuah di mahkamah melibatkan pembelian sebuah rumah banglo.

Persoalannya kenapa Guan Eng langsung tidak disenaraikan untuk mengetuai mana-mana kementerian? Adakah beliau tidak layak?

Apa pun ketika ini integriti kerajaan DAP Pulau Pinang menjadi persoalan umum memandangkan Guan Eng masih berada dalam pentadbiran negeri walaupun banyak desakan dibuat supaya beliau melepaskan jawatannya.

Malah ia mengakibatkan prinsip Bersih, Cekap dan Amanah (CAT) yang dilaungkan di negeri itu dilihat lebih indah dari khabar.

Jika beliau memegang slogan CAT ini, Guan Eng akan melepaskan kuasa selepas dituduh di mahkamah. Jadilah seperti Datuk Abd. Latif Bandi yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor selepas didakwa di Mahkamah Sesyen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.