112 Penduduk Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran

Seramai 112 penduduk rumah panjang Blok N, Uma Badeng, Sungai Koyan di Belaga, hilang tempat tinggal dalam kejadian kebakaran petang semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba Bintulu, Mohd Ishak Imran, bagaimanapun berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran melibatkan 15 pintu rumah panjang berkenaan.

“Bomba Bintulu menerima panggilan pada 5.45 petang dan sampai di lokasi pada 6 petang. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.23 petang,” katanya ketika dihubungi.

Ishak berkata lokasi kebakaran adalah satu penempatan kaum Kenyah yang terdapat banyak blok bangunan dibuat rumah panjang.

Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat, namun percaya api mula merebak daripada bahagian tengah rumah panjang tersebut.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.