Mahfuz, Salahudin Dilantik Sebagai AJK PAS Pusat

KUALA LUMPUR – Tiga calon kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan PAS awal bulan ini dilantik menganggotai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi sesi 2015-2107.

 

Dua daripadanya ialah calon jawatan naib presiden iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub manakala seorang lagi ialah Mohd Taufek Abdul Ghani yang tewas dalam pertandingan jawatan AJK Kerja PAS Pusat.

 

Menerusi sidang media di Pejabat Agong PAS di sini, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengumumkan pertukaran jawatan Datuk Mustafa Ali ke jawatan Pengarah Pilihan Raya.

 

Mustafa sebelum ini adalah setiausaha agung PAS.

 

Turut diumumkan pelantikan Nasrudin Hassan Tantawi yang juga AJK PAS Pusat sebagai Ketua Penerangan PAS yang baharu.

 

Ditanya sama ada ketiga-tiga calon yang tewas itu menerima pelantikan berkenaan, Tuan Ibrahim berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas negatif berhubung perkara tersebut.

 

“Kita sudah keluarkan surat pelantikan kepada semua yang berkenaan pada minggu lalu. Namun kami tidak menerima apa-apa maklumat penolakan.

 

“Jadi kita anggap mereka menerima pelantikan berkenaan,” katanya.

 

Sidang media itu turut dihadiri Setiausaha Agung PAS yang baharu, Datuk Takiyuddin Hassan. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.