Aksi Kanak-Kanak Bawa ‘Ultraman’ Solat Tarawih Tarik Perhatian Ramai

KUALA LUMPUR – Selain melengkapkan kewajipan berpuasa, bulan Ramadan juga memberi peluang kepada umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih.

 

Tidak terkecuali foto seorang kanak-kanak yang bertarawih sambil membawa bersama patung ‘Ultraman’.

 

Foto berkenaan menjadi viral apabila gambar berkenaan dimuat naik oleh Siakap Keli di laman Facebook dengan memaparkan ‘Ultraman’ berkenaan berada dalam kedudukan sedang bertakbir.

 

Gambar ihsan daripada Nur Azwan Kamaruddin telah mendapat lebih 93,000 likes dan 5,000 share.

 

Foto berkenaan menarik ramai pengguna Facebook yang geli hati dengan telatah comel kanak-kanak itu.

 

Malah ada yang berkongsi pengaman yang sama dengan peristiwa yang pernah dialami mereka.

 

“Anak saya pun minat sangat dengan ultraman, tapi dia mahu yang ada bunyi.. semalam ketika semua jemaah sedang khusyuk bertarawih, tiba-tiba ultraman dia berbunyi.. sampai tergelak-gelak  makcik sebelah saya ketawa, hasilnya terawih perlu dimulakan kembali,” tulis Siti AIshah Hanifah.

 

“Sambil adik ni terawih, sambil dia tgk ultraman dia tu masih ada ke tidak di sebelahmya bimbang dicuri orang,” tulis Zul Ikhtiar. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.