Orang Biadap Perlu Diajar – Awal Ashaari

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari menafikan dirinya seorang yang cepat melenting namun mendedahkan tindakannya memuat naik gambar wanita yang dianggap biadap terhadap isteri dan anak yang bakal dilahirkan itu tidak lebih sekadar mahu ‘mengajar’.

“Kalau ikutkan Scha, dia memang mahu biarkan saja dan dia tidak beri apa-apa reaksi daripada komen yang ditinggalkan wanita itu.

“Tapi bagi saya orang biadab, perlu diajar. Sebagai seorang manusia, yang hidup dalam masyarakat, kita kena belajar untuk hormati orang lain,” ujar Awal.

Dalam pada itu, Awal juga mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menyekat ‘hater’ di Instagram;

“Saya tak mahu sekat dia, kalau saya sekat dia, nanti dia tak boleh baca pula kalau ada komen peminat dia. Dia sukakan publisiti, jadi saya beri publisiti yang sepatutnya kepada dia.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!