Kami Keliru, Berikan Bukti Kematian

Shah Alam – Keluarga penumpang MH370, Suhaili Mustafa tidak bersetuju dengan cadangan mengumumkan bahawa tiada penumpang pesawat yang selamat.

Abang kepada Suhaili, Mohamad Nizam Mustafa, 42, berkata tidak masuk akal untuk pihak berkuasa mengeluarkan sijil kematian, sedangkan tiada sebarang bukti kukuh menunjukkan semua krew serta penumpang MH370 meninggal dunia.

“Sehingga kini, keluarga masih menaruh harapan tinggi untuk Suhaili pulang selamat, berikutan tiada bukti menyatakan mangsa ditemui mati.

“Kami masih keliru dengan status mangsa nahas MH370 dan tidak bersedia mengisytiharkan kematian Suhaili… keluarga masih berharap kepulangannya. Perkara ini tidak boleh dilakukan kerana pencarian pesawat masih belum berakhir,” katanya.

Keluarga tak terima tawaran

Nizam berkata, mereka sekeluarga membuat keputusan untuk tidak akan menerima tawaran Jawatankuasa Waris Penumpang MH370 bagi mengeluarkan sijil kematian Suhaili.

“Malah, kami sekeluarga juga tidak melakukan sebarang tuntutan berhubung tawaran pembiayaan perlindungan insurans, mahupun tawaran lain yang diberikan kepada Suhaili selagi tiada sebarang bukti kukuh berhubung perkara ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.