RON97 dan Diesel Naik 3 Sen Seliter Mulai 22 Mei

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak tiga sen seliter bermula 22 Mei hingga 28 Mei 2025, menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.

Kenaikan tersebut selaras dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia. Dengan pelarasan ini, harga runcit RON97 ditetapkan pada RM3.10 seliter, manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia menjadi RM2.80 seliter.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut dikekalkan pada RM2.15 seliter.

Kementerian menjelaskan bahawa harga diesel semasa di Semenanjung Malaysia masih lebih rendah berbanding ketika diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Penetapan harga ini dibuat berdasarkan formula Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) yang digunapakai secara mingguan oleh kerajaan.

Kementerian turut menegaskan bahawa langkah-langkah bersesuaian akan terus diambil bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat