Rafizi yakin kalah, dakwa semua sudah diatur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Rafizi Ramli berseloroh bahawa beliau mungkin terkejut hingga ‘sakit jantung’ sekiranya berjaya mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung Jumaat ini.

Beliau yang berdepan dengan Nurul Izzah Anwar bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden, menjangkakan dirinya kalah kerana mendakwa semuanya sudah ‘diatur’ bagi pemilihan jawatan tersebut.

“Walaupun kempennya berjalan baik, sambutannya bagus, tengok pula komen netizen dan anggota parti yang mana semuanya sokong 80 ke 90 peratus menyokong tetapi tengoklah jika saya menang, ‘jem’ saya.

“Sebab saya tahu, saya tidak akan menang, saya bukan bukanlah bodoh. Saya bukan budak baru, saya dalam politik ini dari tahun 1999. Banyak pemilihan parti sudah saya lalui.

“Kalau tiba-tiba saya menang, silap-silap lemah jantung saya. Sebab kalau saya tahu begini caranya sudah disusun dan sebagainya, isyaratnya jelas saya akan kalah.

“Saya tidak ada masalah,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Hiruk di Johor Bahru, lapor Sinar Harian malam tadi.

Rafizi menjelaskan kekalahan bukan berpunca daripada kurangnya sokongan, sebaliknya disebabkan sistem pemilihan yang didakwanya bermasalah.

Menurutnya, berdasarkan culaan sokongan di peringkat cabang, beliau yakin mampu mempertahankan jawatan tersebut.

“Itu sebab dari awal saya beritahu, korang (penyokong yang datang ceramah beliau) kena penggal kepala, sanggup atau tidak,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu turut menyuarakan rasa hairan dan kecewa apabila kelantangannya mengkritik dan mendedahkan kelemahan kini dipandang serong, walhal sikap sama sebelum ini pernah dipuji ketika beliau berada di pihak pembangkang.

Beliau secara sinis menyentuh istilah ‘mulut longkang’ yang pernah dilemparkan kepadanya, namun menegaskan bahawa sikap terbuka dan berani menyuarakan isu-isu semasa merupakan prinsip yang konsisten diamalkannya sejak dahulu.

“Jangan lupa, kata saya ‘mulut longkang’. Masa saya jadi pembangkang, dengan mulut longkang inilah kita mendedahkan skandal demi skandal.

“Bagus pula kau orang rasa sebab mulut longkang serang kerajaan dan dedahkan skandal, anggota PKR dan PH sangat suka,” katanya.

Namun, apabila beliau kini membincangkan kelemahan dalam kalangan sendiri demi penambahbaikan, ada pihak pula yang menyuruhnya mengawal mulut dan tidak bersuara.

“Ada orang simpati dengan kita boleh tahan juga tapi bila kita mendedahkan perkara dan membincangkan kelemahan kita sendiri, eh tiba-tiba mulut kena kawal. Tak boleh dah,” ujarnya.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Jumaat ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat sebagai langkah menghormati mandat akar umbi, sambil menegaskan bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan meskipun tidak lagi menganggotai Jemaah Menteri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat