KUALA LUMPUR – Melihat sendiri tahap kesiapsiagaan, kepakaran, serta aset-aset strategik yang dimiliki oleh pasukan keselamatan kita, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat yakin keselamatan rakyat dan kedaulatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.
Beliau malah menegsakan Kerajaan Madani akan terus memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan angkatan pertahanan negara demi memastikan Malaysia sentiasa aman, berdaulat dan terpelihara.
“Pada sebelah petang tadi (semalam), saya berkesempatan merasmikan segmen Maritim LIMA’25 serta menyaksikan demonstrasi ketenteraan yang mempamerkan kecekapan dan pergerakan taktikal pasukan keselamatan negara.
“Saya turut dibawa menaiki KD Perantau untuk acara Fleet Review, dan menerima penghormatan daripada setiap kapal yang mengambil bahagian dalam segmen maritim ini.
“Melihat sendiri tahap kesiapsiagaan, kepakaran, serta aset-aset strategik yang dimiliki oleh pasukan keselamatan kita, saya amat yakin bahawa keselamatan rakyat dan kedaulatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi,” kata Perdana Menteri.