PETRONAS dan PETROS bertemu jalan damai

- Advertisement -

PUTRAJAYA, – Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak hari ini menandatangani satu deklarasi bersama yang bersejarah, memperkukuh kerjasama dalam industri minyak dan gas negara antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Majlis menandatangani deklarasi itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Perdana Putra petang tadi.

Menerusi persetujuan tersebut, PETROS secara rasmi diiktiraf sebagai agregator gas tunggal di Sarawak berkuat kuasa 1 Mac 2025 di bawah Seksyen 7A Ordinan Pengagihan Gas 2016.

Semua pihak yang terlibat dalam pengedaran dan penjualan gas asli di negeri itu diwajibkan untuk berurusan melalui PETROS sebagai entiti utama.

Dalam masa yang sama, PETRONAS akan terus memainkan peranannya sebagai syarikat minyak negara di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974, melibatkan operasi huluan, hiliran serta eksport gas asli cecair (LNG).

Deklarasi ini turut mengiktiraf peranan PETRONAS dalam skop nasional sambil memberi ruang kepada PETROS mengukuhkan keupayaan domestik Sarawak.

Kedua-dua entiti itu juga akan bekerjasama dalam pembangunan tenaga alternatif termasuk hidrogen serta projek penjanaan kuasa, selari dengan sasaran negeri Sarawak untuk mencapai kapasiti 1.2 bilion kaki padu gas setiap hari bagi kegunaan tempatan dan pertumbuhan industri.

Perdana Menteri menyifatkan pemeteraian deklarasi ini sebagai simbol kematangan hubungan persekutuan-negeri dan keyakinan terhadap keupayaan Sarawak menerajui sebahagian peranan dalam ekosistem tenaga negara.

Beliau turut menyatakan kerjasama ini akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia serta mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga serantau.

Deklarasi tersebut turut menjamin keselarasan antara undang-undang persekutuan dan negeri, memperincikan peranan PETROS sebagai satu-satunya entiti yang mengagregat bekalan gas untuk kegunaan dalam negeri Sarawak, manakala PETRONAS kekal berperanan dalam operasi dan pengurusan sumber negara secara menyeluruh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat