Jangan anggap pendedahan Telegram ‘Edisi Siasat’ sebagai ancaman tapi pencetus siasatan awal – EAIC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengingatkan agensi penguatkuasaan tidak melihat pendedahan dibuat mengenai salah laku termasuk oleh saluran tidak rasmi seperti melalui Telegram sebagai ancaman atau musuh.

Sebaliknya Pengerusinya, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata pendedahan dibuat sepatutnya dilihat sebagai peluang kepada agensi penguatkuasaan terbabit untuk memperkukuh integriti dan keyakinan rakyat.

Memberi contoh, saluran Telegram ‘Edisi Siasat’ yang banyak membuat pendedahan mengenai agensi penguatkuasaan, beliau berkata EAIC memandang serius sebarang dakwaan membabitkan salah laku atau penyalahgunaan kuasa.

Tegas beliau, EAIC memandang serius sebarang dakwaan salah laku atau penyalahgunaan kuasa, serta akan bertindak ke atas aduan tidak kiralah sama ada ia dibuat melalui saluran rasmi mahupun tidak rasmi seperti ‘Edisi Siasat’.

“Walaupun saluran seperti Telegram ‘Edisi Siasat’ tidak diklasifikasikan sebagai sumber aduan rasmi, maklumat dikongsi boleh menjadi pencetus kepada siasatan awal sekiranya mengandungi elemen kukuh dan munasabah.

“Dalam sesetengah keadaan, maklumat seperti ini boleh menjadi pencetus kepada tindakan siasatan awal.

“Di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], EAIC diberi kuasa untuk memulakan siasatan atas inisiatif sendiri, sekiranya suruhanjaya berpuas hati bahawa perkara itu mempunyai kepentingan yang signifikan kepada orang ramai, atau demi kepentingan awam untuk berbuat demikian,” lapor BH pada Rabu.

Mengulas sikap agensi penguatkuasaan berhubung pendedahan dibuat saluran Telegram berkenaan, beliau berkata tindakan menyiasat dakwaan, sama ada benar atau palsu, menunjukkan komitmen kepada ketelusan dan reformasi institusi.

“Sekiranya dakwaan itu tidak berasas, siasatan boleh membersihkan nama baik agensi, namun jika terbukti wujud salah laku, tindakan susulan boleh diambil terhadap pihak terbabit.

“Pendekatan ini selaras dengan prinsip akauntabiliti dan tadbir urus yang baik,” katanya.

Ismail berkata, EAIC mempunyai kuasa untuk menyiasat aduan salah laku yang diterima daripada orang ramai atau dirujukkan oleh mana-mana pihak.

Katanya, sekiranya maklumat itu menunjukkan wujudnya asas untuk disiasat, EAIC boleh memulakan tindakan.

Antara tindakan boleh diambil adalah melakukan siasatan secara proaktif atau menggesa individu tampil membuat aduan rasmi.

Tambahnya, EAIC bersedia menyantuni sebarang maklumat yang boleh membantu mempertingkat integriti agensi penguatkuasaan.

“EAIC menyeru kerjasama semua pihak untuk tampil ke hadapan bagi memastikan siasatan yang adil dan berasas dapat dijalankan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat