Video: David Teo Habiskan Pantun Selepas Insiden Lempang

KUALA LUMPUR – Pengarah filem Mejar (K) Datuk David Teo yang dikasari oleh pelakon veteran Mat Over pada majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Putrajaya Rabu lalu menyambung semula pantun nya yang tidak sempat dihabiskan.

Dalam video asal dari youtube MetrowealthPictures yang berdurasi 1 minit 18 saat itu David dilihat secara bersahaja berjenaka mengenai insiden pada Rabu lalu dan kemudian menyambung semula pantunnya yang diajukan di hadapan Perdana Menteri sebelum ini.

“You tau la itu hari saya memang terkejut sampai tak boleh habiskan (pantun)”

“Sekali itu ombak datang ke pantai, PM jemput saya datang bersantai…so itu sebab saya bersantai-santai sampai kena lempang”, guraunya mengakhiri video. -SuaraTV

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=PyEUj4hngtU?ecver=1&w=560&h=315]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open

Close