Najib Tiba Ke Sidang Kemuncak Bersama Raja Salman, Trump

RIYADH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Pusat Persidangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz, sebentar tadi bagi menyertai Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat (AS).

Najib disambut Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang menjemput Perdana Menteri ke sidang kemuncak itu.

Sidang kemuncak bersejarah anjuran Arab Saudi itu bertujuan menyelaras kerjasama dunia Islam dengan AS bagi menangani ekstremisme dan keganasan global.

Ia diadakan sempena lawatan Presiden Donald Trump ke Arab Saudi. Sidang kemuncak itu disertai pemimpin lebih 50 negara Arab dan Islam.

Najib adalah antara pemimpin yang diberi peluang berucap pada sidang kemuncak itu selepas Raja Salman dan Trump. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.