Gadis Dipuji, Kerat Alat Sulit Perogolnya

Seorang gadis telah mendapat pujian ramai kerana keberaniannya memotong alat sulit seorang lelaki yang cuba merogolnya.

Menurut pihak berkuasa, lelaki itu, Hari Swami telah menganiaya wanita berkenaan yang berusia 23 tahun itu, sejak bertahun-tahun lalu sebelum wanita itu mengambil keputusan nekad memotong alat sulit lelaki terbabit dalam kejadian mengejutkan di Kerala, India.

Dia menyembunyikan pisau di bawah bantal. Namun lelaki itu, yang juga seorang guru agama, telah mengaku kepada polis bahawa dia sendiri yang memotong alat sulitnya.

“Ia merupakan perbuatan yang berani yang dilakukan wanita itu,” kata ketua menteri Kerala, Pinarayi Vijayan.

Kejadian berlaku ketika wanita itu, yang juga penuntut undang-undang telah diserang oleh lelaki berusia 54 tahun itu di rumahnya.

Hari Swami telah dikejarkan ke hospital dan keadaannya stabil selepas menjalani pembedahan.

Ibu bapa gadis itu tidak menyedari mengenai penganiayaan yang dilalui oleh anaknya itu.

“Ibu bapanya terlalu percayakan Hari Swami hinggakan mereka menjadi buta dan lelaki itu sering dijemput untuk melakukan upacara khas di rumah mereka, di mana gadis itu telah diperkosa,” kata polis.

Gadis itu kini telah diletakkan di bawah perlindungan polis dan turut menerima rawatan kaunseling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!