Penyokong Bergaduh, Liverpool & Sevilla Berdepan Hukuman UEFA

LONDON – Liverpool dan Sevilla berdepan tindakan disiplin atas kelakuan penyokong mereka ketika pertembungan final Liga Europa di Stadium St Jakob-Park di Basel, Switzerland, menurut UEFA.

 

Kedua-dua kelab didakwa oleh badan induk bola sepak Eropah itu susulan kekecohan yang berlaku ketika perlawanan itu, Khamis lalu.

 

Liverpool juga turut didakwa atas tindakan penyokong kelab itu menyalakan bunga api.

 

Penyokong Sevilla pula dituduh membaling objek. Selain itu, pergaduhan turut berlaku membabitkan penyokong kedua-dua pasukan itu yang menyaksikan Sevilla merakam kemenangan 3-1.

 

Peminat Liverpool dan Sevilla berkongsi tempat duduk di satu bahagian di stadium dan ketika kekecohan berlaku, hanya sekumpulan kecil pengawal pasukan bertindak mengelak pergaduhan daripada berlaku.

 

Polis kemudian dibawa masuk ke kawasan tempat duduk beberapa minit kemudian sebelum memisahkan mereka kepada dua set. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.