Pok Ya Rambo Dapat Sokongan TRW

KOTA BHARU – Pemain The Red Warriors (TRW) menyokong Zakaria Yusof, 65, atau lebih dikenali sebagai Pok Ya Rambo yang bernazar untuk berlari dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur hingga Kota Bharu jika Kelantan menjulang Piala FA pada Sabtu ini.

 

Kapten TRW Mohd Badri Mohd Radzi atau Piya berkata, beliau yang mewakili rakan-rakannya yang lain memberi sokongan penuh kepada Pok Ya Rambo.

 

“Jadi kita kena menang dengan Lions XII dan dia dapat mulakan misinya. Kita beri segala sokongan kepada Pok Ya. Lagipun kita tak mahu Piala FA keluar dari Malaysia,” katanya.

 

Mohd Badri turut menyerahkan dua pasang kasut serta tujuh helai baju kepada Zakaria yang mempunyai 13 cucu dan peminat fanatik TRW.

 

Bagi Zakaria, cuaca tidak menjadi halangan untuknya berlari.

 

“Saya sudah biasa dengan cuaca panas dan saya jangkakan mampu menamatkan misi saya dalam tempoh seminggu,” katanya.

 

Beliau merancang untuk berlari dari Stadium Bukit Jalil hingga Kuala Lipis, Pahang sebelum memasuki Kelantan dan menamatkan larian di Stadium Sultan Muhammad IV. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.