Mara Siasat Dakwaan Pelajar MRSM Hampir Buta Dirotan Guru

Kuala Lumpur – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan seorang pelajar tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak, Perak hampir buta akibat dirotan guru.

 

Menurut kenyataan Mara hari ini, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peraturan, yang berkuat kuasa sekiranya didapati bersalah.

 

Media semalam melaporkan bapa pelajar itu, Ahmad Rizal Ahmad Samaludin, mendakwa anaknya dirotan 2 kali di muka oleh guru terbabit, sehingga menyebabkan anaknya perlu menjalani 2 pembedahan di mata.

 

Pelajar berkenaan masih dirawat di Hospital Teluk Intan, Perak. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.