Pesawat MAS Dipanah Petir

Kuala Lumpur – Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang disambar petir ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejurus sebelum tengah hari ini.

MAS berkata pesawat penerbangan MH1348 itu segera diperiksa dan kemudian dibenarkan berlepas.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang jam 10.55 pagi.

“Pesawat telah tiba di Kuala Lumpur dan meneruskan penerbangan mengikut jadual tanpa apa-apa masalah,” menurut MAS dalam satu kenyataan.

Pesawat MAS direka untuk mampu menahan panahan petir dan mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang dipasang pada pesawat. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.