Kenyataan Media Terhadap Pemimpin DAP Kurang Ajar Dan Mulut Celupar

 

YBhg Dato Zainal Abidin Osman
Ketua Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
Rabu 21 Mei 2014

Kenyataan Terhadap Ucapan Adun Seri Delima YB RSN Rayer di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 20 Mei 2014

1. UMNO Pulau Pinang ingin melahirkan rasa marah,k ecewa dan sangat tidak berpuas hati terhadap YB Adun Seri Delima RSN Rayer yang berkata “Celaka, Celaka, Celaka UMNO” dalam ucapan beliau semasa berucap mencadangkan usul Ucapan Terima kasih di atas Ucapan Perasmian TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam, Selasa 20 Mei 2014.

2. Kata-kata beliau adalah amat keterlaluan, tidak beradab, biadap,tidak sopan dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang wakil rakyat yang juga seorang peguam. Pertuturan sebegitu amat memalukan dan mencemar kedudukan beliau sebagai seorang penggubal dan dengamal undang-undang.

3.. Walaupun YB-YB Ahli Dewan Undangan Negeri diberikan perlindungan imuniti di dalam Dewan Undangan Negeri, ia tidak sepatutnya digunakan untuk melemparkan kata-kata sesat dan keterlaluan, menghina mana-mana individu serta membuat tuduhan tidak berasas kepada parti lawan terutamanya terhadap pemimpin-pemimpin parti lawan yang tiada dalam Dewan yang sama untuk memberi jawapan balas.

4. YB Adun Seri Delima RSN Rayer perlu sedar bahawa setiap kata-kata kesat dan menghina yang diungkapkan beliau dengan tujuan untuk mengguris dan menyakitkan hati dan perasaan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO akan mengundang tindak balas daripada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

5. YB Adun Seri Delima RSN Rayer tidak sepatutnya menggunakan kesempatan dan ruang berbahas di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk tujuan berkempen bagi pihak DAP yang terlibat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gelugor dan Telok Intan. Beliau seharusnya menumpu kepada membahaskan isu-isu yang memberi kepentingan langsung kepada rakyat Pulau Pinang dan tidak berdrama atau mencari populariti politik semata-mata.

6. UMNO Pulau Pinang berpandangan YB Adun Seri Delima RSN Rayer tidak ikhlas dan tidak jujur dalam menjaga hubungan di antara rakyat Pulau Pinang khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Beliau nampaknya terperangkap dengan tabiat buruk menggunakan kesempatan yang ada untuk membangkitkan kemarahan dan tindak balas ahli-ahli UMNO.

7. Beliau seharusnya lebih sensitif dan berhati-hati dalam menjaga pertuturan dan percakapannya samada di dalam Dewan ataupun di luar Dewan.

Terima kasih.

One thought on “Kenyataan Media Terhadap Pemimpin DAP Kurang Ajar Dan Mulut Celupar

  • May 26, 2014 at 4:07 pm
    Permalink

    indahnya perpatah Melayu…mengandungi ilmu dan nasihat yang berguna…kerana mulut badan binasa…ikut hati mati ikut rasa binasa…terlajak perahu bolih diundur terlajak cakap buruk padahnya…sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna…buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.
    pantun Melayu: Pulau Pandan jauh ketengah
    Gunung Daik bercabang tiga
    hancur badan dikandung tanah
    budi yang baik di kenang jua.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.