Abu Backer Patah Rusuk

Georgetown: Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan kini menerima rawatan di Hospital Loh Guan Lye kerana mendakwa mengalami kecederaan akibat ‘dilanggar’ kereta rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng, kelmarin.

Dia kini masih ditahan di hospital terbabit kerana dikatakan patah rusuk kiri akibat kemalangan itu.

Dalam kejadian di depan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2 petang kelmarin, Abu Backer cuba bertemu dengan Guan Eng bagaimanapun dia dihalang pengawal keselamatan.

Dia kemudian bertindak pelik apabila melompat ke arah kenderaan rasmi itu sebelum bergolek di bawah kereta berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung tindakan calon bebas terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.