Ini Pesanan Tunku Aziz Pada Dyana…Buka Mata Dan Fikir Apa DAP Buat

Calon DAP pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud harus membuka mata dan belajar untuk berfikir secara kritis dan melihat dengan lebih luas bagi memastikan beliau tidak terus hanyut dengan corak permainan politik parti itu.

Malah Dyana perlu meneliti sebab atau punca mengapa bekas pemimpin DAP mengambil keputusan untuk meninggalkan parti cauvinis itu sebelum ini

Ini antara ingatan dan nasihat bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ketika diajukan berkenaan wanita Melayu yang jadi calon DAP itu.

“Nasihat saya kepadanya, sentiasa buka mata dan sentiasa mendengar. Juga lihat kepada setiap langkah dan keputusan yang diambil DAP, dan lihat juga langkah kamu (Dyana) sendiri adakah kamu mempertahankan keistimewaan Melayu itu sendiri.

“Kenapa saya cakap begini, ini kerana DAP sudah lama mengatakan bahawa mereka tidak menentang Melayu, dan mereka adalah parti berbilang kaum, tapi saya rasa semua tahu bahawa DAP bukan satu parti yang demokratik,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Tunku Abdul Aziz, Dyana perlu belajar untuk melihat dengan ‘critical eye’, dia juga perlu belajar melihat kepada larger interest of the Malays.

“Dia juga seorang Melayu dan dia juga cakap bahawa dia tidak mahu kepada perbezaan kaum dalam politik.

“Sebenarnya pada saya, apa yang dia cakap itu hanyalah suara yang selama ini Lim Kit Siang cakap, Lim Guan Eng cakap dan juga apa juga mendiang Karpal Singh selalu cakap, tetapi hakikatnya parti untuk kaum Cina,” jelasnya.

Menjawab soalan katanya, Dyana sudah mengkhianati orang Melayu apabila sudah meningkari janjinya untuk tidak mengkhianati Malaysia dengan kenyataan supaya membuka kemasukkan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak hanya untuk orang Melayu.

Beliau juga menyifatkan, nasihat yang dikeluarkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam selepas selesai proses penamaan calon di Teluk Intan tidak diserap baik oleh anak muda itu.

“Dia sudah menjadi pengkhianat pun pada hakikatnya dengan kenyataan untuk membuka UiTM kepada semua kaum, sebab kerajaan selama ini mengusahakan untuk menyediakan pendidikan kelas pertama kepada kaum Melayu.

“Paling tidak sepatutnya dia fikir berkenaan orang Melayu yang lain, jangan sebab dia sudah ada ijazah dan sudah tidak belajar di situ lagi maka saya tidak perlu fikir lagi berkenaan orang lain,” katanya.-Oleh QURNISHA HAMKA-21/5/2014

One thought on “Ini Pesanan Tunku Aziz Pada Dyana…Buka Mata Dan Fikir Apa DAP Buat

  • May 21, 2014 at 11:58 pm
    Permalink

    arah tuju politik negara ini ibaratkkan ditelan mati emak jika diluah mati bapak…yang mana satu pilihan kita…telan atau luah…atau telan pun tidak luah pun tidak biarkan ia berada di dalam mulut…tindakan ini mungkin menyebabkan diri kita tercekik…inilah delima politik yang sedang dihadapi olih masyarakat berbilang kaum di negara ini…bila ada yang bersikap ‘kebangsaan’ akan dianggap rasis…bila ada yang bersikap ‘multi-rasial’ dianggap pengkhianat…sepatutnya perkara ini tidak patut dipersoalkan kerana kita berada dalam satu rumpun rakyat Malaysia…sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara yang menjadi modul untuk membina negara Malaysia…tidak timbul dari mana asal kita kerana setiap individu dan kaum mempunyai hak untuk memilih fahaman politik agama dan adat resam selagi tidak bersalahan dengan Undang-Undang Negara…hendak jadi ahli UMNO PAS MCA MIC PKR GERAKAN DAP BEBAS atau lain-lain parti terpulang pada kesesuaian diri seseorang…jika bercanggah fahaman politik bukan bermakna kita abaikan tanggungjawab untuk membina negara atau dilabel sebagai ‘pengkhianat’…mungkin timbul prejudis pada setengah pihak yang mempunyai kepentingan diri untuk mengekalkan kuasa dan kekayaan yang dimiliki…perlu diingat kemerdekaan yang kita capai adalah hasil perjuangan pemimpin yang terdahulu yang berpegang pada asas nasionalisma dan perpaduan…adalah satu pengkhianatan jika kita cuba memusnahkan nilai-nilai ini dengan sentimen rasis dan rasukan emosi yang bolih menjejas ketenteramam hidup rakyat dan negara.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.