“Undi BN sama dengan undi Dr Akmal, takut ke dengan saya?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mempersoalkan tujuan wajah beliau dipaparkan dalam poster calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS dengan seruan kempen undi BN sama dengan undi Dr Akmal.

“Walaupun saya bukan calon di Dun Ayer Kuning tetapi ada juga yang letakkan muka saya di poster bersama dengan calon dan ditulis di situ dalam bahasa Cina yang terjemahannya “undi BN = undi Dr akmal”.

“Kenapa perlu letak muka saya dan perlu letak tulisan Cina yang membawa maksud sedemikian? Takut ke dengan Dr Akmal ni? soal beliau dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Tegas Ketua Pemuda Umno itu lagi, tidak perlu takut dengan beliau.

“Selagi mana kamu tidak menyentuh agama,bangsa dan Raja-raja yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia saya pun tidak akan menyentuh kamu.

“Tetapi kamu berani sentuh sahaja walau sedikit,tidak akan kami berganjak seinci sekalipun untuk mempertahankan agama bangsa dan tanah air kita.

“Ingatkan peguam faham Perlembagaan,tetapi sayang retorik juga rupanya,” tempelak Akmal.

Dalam pada itu beliau menyeru kepada pengundi Ayer Kuning supaya mengundi BN kerana tidak retorik dalam perjuangan.

“Jangan risau untuk mengundi BN,kerana kita telah terbukti tidak retorik bab menjaga agama, bangsa dan tanah air.

“Siapa sekalipun yang sentuh tidak kira kawan mahupun lawan,kami akan lawan.

“Kempenlah secara sihat ya,” seru Akmal.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat