Pope Francis Meninggal Dunia pada Usia 88 Tahun

- Advertisement -

VATICAN CITY – Paus Francis, pemimpin Gereja Katolik Roman yang pertama dari Amerika Latin, telah meninggal dunia pada pagi Isnin pada usia 88 tahun.

Berita pemergian beliau diumumkan oleh Cardinal Kevin Farrell menerusi siaran televisyen rasmi Vatican, yang berkata:

“Saudara-saudari sekalian, dengan kesedihan mendalam saya mengumumkan pemergian Bapa Suci kita, Francis. Pada jam 7.35 pagi ini, Bishop of Rome, Fransis, telah kembali ke rumah Bapa.”

Dilahirkan sebagai Jorge Mario Bergoglio pada tahun 1936 di Argentina, beliau dilantik sebagai Paus ke-266 pada Mac 2013. Paus Francis terkenal dengan gaya kepimpinan yang sederhana dan dekat dengan rakyat, serta enggan mendiami kediaman rasmi Paus, sebaliknya memilih untuk tinggal di rumah tamu Santa Marta demi kesihatan mentalnya.

Paus Francis baru-baru ini menghadapi masalah kesihatan serius akibat radang paru-paru  dan dimasukkan ke hospital selama lima minggu. Walaupun sempat menunjukkan tanda-tanda pemulihan, kesihatannya terus merosot.

Sepanjang kepimpinannya, beliau lantang memperjuangkan perpaduan antara agama, keadilan sosial, serta menyuarakan isu pelarian dan alam sekitar.

Pope Francis meninggal dunia di kediamannya di Vatican setelah lebih satu dekad memimpin gereja dengan mesej belas kasihan dan pembaharuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat