Pemilihan PKR: Seorang Lagi Timbalan Menteri Gagal Pertahan Jawatan

- Advertisement -

JOHOR BAHRU,- Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, yang juga Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, mengalami kekalahan dalam perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru.

Akmal, yang merupakan tokoh utama dalam kem Rafizi Ramli, tewas kepada Mohamad Taufiq Ismail, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, selepas hanya memperoleh 587 undi berbanding lawannya yang meraih 709 undi, menurut laporan Utusan Malaysia.

Keputusan rasmi itu turut disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, dan dimuat naik melalui laman rasmi PKR.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang, Zulkifli Abdullah Zawawi muncul sebagai pemenang selepas mengumpul 696 undi, mengatasi pencabarnya Mohd Sallrh Ahmad yang menerima 600 undi.

Kekalahan Akmal menambah kepada senarai tokoh-tokoh dalam kem Rafizi Ramli yang kecundang dalam pemilihan kali ini. Turut tewas ialah Nik Nazmi Nik Ahmad di Setiawangsa, Rodziah Ismail (Ampang), Lee Chean Chung (Petaling Jaya), dan Fahmi Zainol (Pantai Jerejak).

Bagaimanapun, beberapa sekutu rapat Rafizi masih berjaya mempertahankan kedudukan, antaranya Chang Lih Kang yang menang tanpa bertanding di Tanjong Malim, serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun. Rafizi sendiri turut kekal tanpa saingan di cabang Pandan.

Proses pemilihan PKR peringkat cabang kali ini turut mencetuskan perdebatan apabila beberapa pihak mempertikai ketelusan perjalanan pemilihan. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti dijangka mengadakan mesyuarat pada Rabu ini untuk membincangkan perkara tersebut.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat