Pegawai Polis Positif Dadah Telah Dipindahkan ke Bilik Gerakan IPK Pulau Pinang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang ketua balai polis yang ditahan selepas didapati mengambil dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang Jaya Jumaat lalu, telah ditukarkan serta-merta ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata pegawai lelaki berusia 43 tahun itu sebelum ini bertugas di sebuah balai polis di bawah IPK Kuala Lumpur.

“Kita tidak berkompromi dengan apa-apa salah laku jenayah kepada sesiapa sahaja di negara ini termasuk pegawai dan anggota pasukan tanpa mengira pangkat.
Tindakan tegas akan dikenakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, seramai 17 individu termasuk pegawai polis berkenaan ditahan dalam satu serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di pusat hiburan tersebut.

Hasil saringan awal air kencing mendapati pegawai polis itu positif dadah, dengan ujian mengesan kehadiran empat jenis bahan terlarang dalam tubuhnya.

“Tindakan tegas akan diambil. Tindakan (tatatertib) menyusul kerana kesalahan ambil dadah dan positif itu sudah menjadi kesalahan jenayah,” tambahnya.

Datuk Rusdi turut menegaskan bahawa anggota polis tidak dibenarkan mengunjungi pusat hiburan kecuali atas urusan tugas rasmi dengan kebenaran ketua masing-masing.

“Berada di pusat hiburan tak boleh kecuali untuk tugas, itu ada arahan khusus dan bekerja tetapi kalau kita bekerja kita mesti mendapat kebenaran daripada ketua kita,” jelas beliau.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, mengesahkan pegawai terbabit turut akan berdepan tindakan tatatertib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat