“Jangan Ulang Lagi” : Kesilapan Papar Jalur Gemilang Jejas Perpaduan – Aaron

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menzahirkan rasa kesal terhadap insiden berulang berkaitan kesilapan memaparkan Jalur Gemilang yang tidak lengkap, sambil menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh diterima dan tidak seharusnya berlaku lagi.

Menurut beliau, meskipun permohonan maaf telah dibuat oleh pihak-pihak terlibat, insiden seperti itu boleh mencetuskan keresahan awam serta mengganggu semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat.

“Saya sangat kesal, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana sudah berapa lama kita menggunakan bendera ini, saya rasa semua orang terkejut mengapa sesuatu seperti ini berlaku.”

“Jangan ulang lagi. Kita mahu negara yang sejahtera, damai, stabil demi kemajuan negara,” tegasnya ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Pemerkasaan Pendidikan 2025, di sini hari ini.

Beliau menambah bahawa bendera bukan sekadar simbol fizikal, tetapi lambang kedaulatan negara yang wajar dihormati oleh semua pihak, terutamanya agensi media dan korporat.

Kenyataan itu hadir susulan beberapa insiden melibatkan penyiaran Jalur Gemilang tidak lengkap dalam tempoh beberapa hari lalu. Antaranya termasuk:

  • Akhbar Sin Chew Daily, yang menyiarkan ilustrasi bendera Malaysia tidak lengkap di muka hadapan sempena lawatan Presiden China, Xi Jinping.

  • Akhbar Kwong Wah Yit Poh, yang dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas insiden serupa di akaun Facebook rasminya.

  • Syarikat Singapore Lactation Bakes (SLB), yang memohon maaf atas paparan bendera tidak lengkap dalam video pelancaran di Kuala Lumpur.

Aaron menyatakan bahawa permohonan maaf adalah satu langkah yang wajar, namun tindakan susulan terhadap perkara ini perlu diserahkan kepada pertimbangan pihak berwajib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat