Jangan Salah Gunakan Pandangan Hukum Untuk Kepentingan Politik – Mohd Na’im

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan agar ayat al-Quran dan hadis tidak disalahgunakan di pentas politik semata-mata demi mencapai matlamat kempen pilihan raya.

Beliau berkata, penggunaan teks agama secara tidak tepat, terutama dalam isu yang berkait hukum, boleh mengelirukan rakyat dan sepatutnya dirujuk terlebih dahulu kepada pihak berautoriti seperti jabatan mufti atau institusi agama negeri.

“Pada sayalah, kalau ia melibatkan pandangan hukum, sebaik-baiknya elak (daripada berlaku) sebarang kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Kalau melibatkan satu pandangan hukum, boleh rujuk kepada jabatan mufti dan negeri-negeri, sebab ini pihak yang berautoriti. Cuma, jangan salah gunakan untuk kepentingan politik, ini yang paling utama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan ibu pejabat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sempena Majlis Sambutan Aidilfitri di Putrajaya hari ini.

Sebelum itu, Dr Mohd Na’im turut menulis di Facebook, menyeru semua pihak agar mengelak daripada mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai keutamaan menunaikan tanggungjawab mengundi berbanding ibadah haji.

Gesaan itu dipercayai susulan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang dilaporkan menyarankan umat Islam agar mengutamakan kemenangan politik dan mempertimbangkan untuk menangguhkan hasrat menunaikan umrah atau haji.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat