Agong Zahirkan Ucapan Tahniah Kepada Prof Adeeba Atas Pelantikan Sebagai anggota Majlis Sains WHO

- Advertisement -

CYBERJAYA: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada pakar penyakit berjangkit negara, Professor Dato’ Dr. Adeeba binti Kamarulzaman, di atas pelantikan beliau menjadi anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Al-Sultan Abdullah berkata, pelantikan Proffesor Dato’ Dr Adeeba menjadi kebangaan kerana majlis tersebut merupakan kumpulan penasihat peringkat tertinggi yang dianggotai sarjana-sarjana terkemuka dunia, sekali gus menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa.

Menurut Baginda lagi, pengiktirafan kepada Proffesor Adeeba sebagai individu yang berprestasi tinggi, malah juga kepada Malaysia. Ianya juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga kejayaan beliau menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan di dalam bidang masing-masing.
“Seri Paduka Baginda mengucapkan selamat maju jaya kepada Professor Dato’ Dr. Adeeba serta mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dan terus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,” kata Baginda di laman Facebook Istana Negara.
Majlis Sains WHO bertindak sebagai suara kepemimpinan saintifik yang memberi saranan dan nasihat mengenai kemajuan dalam sains dan teknologi yang secara langsung dapat memberi kesan kepada kesihatan global.
Selain itu, anggota majlis itu terdiri daripada pakar terkemuka di peringkat antarabangsa dengan rekod pencapaian dalam bidang masing-masing, serta mempunyai kefahaman yang diiktiraf mengenai kesihatan global.
Terdahulu, Professor Adeeba yang bepengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan, beliau juga memegang jawatan sebagai pengerusi Yayasan AIDS Malaysia dan ahli eksekutif Majlis AIDS Malaysia.
“Professor Adeeba sangat aktif di barisan hadapan dengan menjadi orang penting dan penggerak untuk kempen kesedaran penyakit HIV dan AIDS. Beliau juga mengasaskan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS yang menjalankan kajian pelbagai disiplin tentang HIV, dari segi klinikal, kesihatan awam dan dasar berkaitan.
“Pada 2013 dan 2014, beliau telah diberi penghormatan dengan ditampilkan dalam jurnal The Lancet dan Science dan Tahun lalu, Adeeba mencipta sejarah dengan menjadi orang Asia pertama dilantik sebagai presiden Persatuan AIDS Antarabangsa, kata Baginda lagi. –SuaraTV
Gambar: Facebook Istana Negara
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat