Penduduk Pendang Harus Tolak Calon Tunjuk Muka Saat Akhir

18 tahun menetap dan bekerja di United Kingdom (UK) kini Wan Saiful Wan Jan, yang juga bekas Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), adalah calon Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi Parlimen Pendang.

Beliau sudah lama meninggalkan Malaysia, kembali semula ke tanah air dan menetap di Kuala Lumpur sejak 2009. Adakah calon seperti ini, yang hanya menunjukkan muka pada saat akhir mahu dipilih oleh penduduk Pendang?

Dalam hal ini, mampukah Wan Saiful, yang dilahirkan di Alor Setar ini membawa suara rakyat kerana beliau sendiri tidak tahu apa masalah penduduk setempat. Penduduk inginkan pemimpin yang mendengar suara rakyat, bukannya suara parti.

Tidak mungkin beliau dapat mendalami masalah rakyat hanya dalam masa beberapa minggu. Keperluan penduduk bukan seperti hasil kajian dan dapatan yang diperolehi daripadanya menerusi IDEAS, sebaliknya ia lebih kepada mendengar denyut hati rakyat.

Sebelum ini ketika namanya disebut-sebut untuk bertanding di Pendang, khabarnya akar umbi di Pendang tidak setuju kerana mereka dikatakan mempunyai calon lain yang telah bekerja siang dan malam untuk menyelesaikan masalah di situ

Justeru penduduk Pendang, jangan tersalah pilih calon. Esok Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan turun ke Pendang. Beliau akan merasmikan majlis pecah tanah tapak Hospital Pendang.

Walaupun pembangkang menyatakan pembinaan hospital itu hanya janji manis atau janji pilihan raya, namun jangan lupa. Pembinaan Hospital Pendang telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). Peruntukan pembinaannya telah dimasukkan dalam Bajet 2016 dan tidak akan dibatalkan kecuali jika kerajaan sendiri membatalkannya.

Tapi dalam hal ini, jika Najib sendiri turun ke Pendang untuk pecah tanah, itu tandanya beliau serius. Jadi jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

Kerusi Parlimen Pendang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) pada PRU13 selepas Datuk Othman Abdul mengalahkan Mohamad Sabu, yang kini presiden PAN.

#JomBN
#BersamaBN
#Harapanpalsu
##fakenews
#dosadosamahathir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.