Azmin Jual Temberang Di Kedah?

Ketika menyampaikan ucapan di Kedah hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Mohamed Ali dengan bangga bercerita akan kehebatannya memimpin Selangor. Beliau menceritakan mengenai air percuma, bas percuma, wifi percuma dan Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia.

Dalam menjual `kehebatan’ Pakatan Harapan (PH) itu, beliau tidak ketinggalan memperlekehkan UMNO dan PAS. Beliau menempelak PAS yang mahu berjuang sendirian dan dengan bangga memberitahu orang Kelantan paling ramai menetap di Selangor.

“Ada parti laung hidup Islam tapi tengok negerinya kacau bilau,” katanya yang merujuk kepada PAS di Kelantan.

Namun apa yang tidak disebut ialah bagaimana penduduk di Selangor menderita kerana tiada air. Ada kalanya bekalan air terpaksa dicatu dan ada satu masa, gangguan air terputus semasa bulan Ramadan.

Bayangkan bagaimana menderita penduduk Selangor, tapi sudah tentulah perkara itu tidak diceritakan.

Bukan itu sahaja, rumah dan kedai yang didiami bekas ahli jawatankuasa Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz telah dirobohkan pada tahun lepas.

Dua bekas ahli jawatankuasa masjid berkenaan pernah menghantar memorandum kepada Azmin untuk menggesa beliau tidak membenarkan MAHB selaku syarikat swasta menggunakan pegawai Pejabat Tanah dan Daerah petaling bagi tujuan perobohan.

Azmin boleh menggunakan kuasanya untuk menangguhkan perobohan berkenaan dan menggunakan budi bicara untuk menyelesaikannya,

Namun apa yang dilakukan? Nasib baik Noh Omar yang dikutuknya itu tampil membantu dengan menawarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Subang kepada mangsa yang terlibat.

Isu ini menyebabkan Azmin dikecam oleh orang ramai. Ini kerana ketika penjual nasi lemak anak dara disaman oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), beliau dengan cepat turun ke padang untuk bertemu dengan penjual nasi lemak berkenaan.

Tapi dalam kes rumah kuarters berkenaan, anda boleh lihat siapa yang membantu mereka. Jadi berhati-hatilah penduduk Kedah, jangan sampai terpedaya dengan sandiwara ini.

Bercakap memang mudah tapi melaksanakan sesuatu dasar memang sukar. Situasi di Kedah berbeza dengan Selangor. Tapi cukup-cukuplah Azmin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.