Wanita Perlekeh Kelantan Dikecam

KUALA LUMPUR – Seorang wanita pertengahan umur dikecam netizen selepas mendakwa Kelantan merupakan negeri yang dipenuhi semak samun.

 

Menerusi komen yang dikongsikan Sharifah Mariam Syed Alwi dalam status facebooknya, dia turut mengkritik rakyat Kelantan agar lebih bertanggungjawab untuk mencantikkan negeri itu.

 

“Dekat negeri Kelantan banyak sangat semak samun….manalah ular tak banyak. Rajin-rajinlah menebas bagi bersih sikit supaya nampak cantik.

 

“Masa saya pergi melancong di Kelantan, lalu malam-malam di jalan nampak lampu rumah masing-masing…tapi bila siang saya nampak hutan semak samun…rumah dalam hutan. Manalah tak banyak ular,”tulisnya.

 

Tidak berhenti setakat itu, perang komen berlanjutan menerusi status tersebut sekali gus mengundang pandangan ramai mengenai kritikan wanita tersebut.

 

Rata-ratanya, ramai yang tidak bersetuju dan menyifatkan Sharifah terlalu cabul dan membuat penilaiannya berdasarkan ‘double standard’.

 

“Apa masalah mak cik ni? tua-tua tak sedar diri lagi,”tulis Izzan Muhamad.

 

Bobby Hoppy berkata, “Cakap ikut sedap mulut je mak cik ni, gila glamorrr…tua dah mak cik weeee!,”tulisnya.

 

“Orang tua kalau dapat FB macam ini lah. Tua tak sedar diri. Mak sapalah macam ni punya perangaiiii,”tulis Zura Trw.

 

Bagaimanapun, Sharifah tetap membalas setiap kritikan tersebut dan menyifatkan Kelantan sebagai negeri ‘ketinggalan’ sejak dibawah pemerintahan Pas.

 

Terdahulu, Sharifah memuat naik statusnya yang melancong di Kelantan dan mendakwa negeri itu indah kabar dari rupa. Dia turut menyifatkan tiada keistimewaan yang terdapat di negeri itu dan makanan yang dijual sangat manis dan tidak sihat.

 

Tambahnya lagi, masjid Cina yang diilhamkan dari negeri China itu diberi gelaran ‘Baijing’ dan menyifatkan negeri itu hanya mampu meniru senibina luar negara.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.