Video: Guru Kena Belasah Dengan Pelajar

ANHUI – Seorang guru telah dibelasah oleh beberapa orang pelajar kelasnya selepas memarahi dan mencekik salah seorang pelajar kelasnya.

 

Dalam video yang berdurasi 1 minit 25 saat, selepas guru terbabit mencekik pelajar tersebut gara-gara pelajar terbabit enggan memberikan kertas peperiksaan miliknya.

 

Namun selepas insiden tersebut, rakan-rakan sekelasnya mula membelasah guru tersebut.

 

Selepas pelajar-pelajar tersebut berhenti membelasah, guru tersebut menampar pelajar yang dicekiknya, dan kemudian insiden membelasah guru itu berulang kembali.

 

Insiden semakin tegang apabila kumpulan pelajar tersebut memukul guru tersebut menggunakan kerusi kayu.

 

Menurut laporan berita tempatan, pengetua mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku dan Kementerian  Keselamatan Awam dan Kementerian Pelajaran sedang menyiasat kes tersebut. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.